Pengikut

Rabu, 10 Disember 2014

TERKINI: Bekas Penyanyi Kumpulan Wings kini dirawat dihospital kerana Stroke

Bekas vokalis kumpulan Wings, Ismail Zainuddin,48, juga sebagai Mel Wings kini dirawat dihospital Sungai Buluh kerana stroke (Angin ahmar)

Perkara ini disah-kan oleh seorang bekas artis setelah dihubungi Orangni, bahawa beliau ,Mel dikatakan terkena stroke pada pagi semalam ( Rabu 10/12/2014) dikejarkan ke hospital dan ditahan di Wad Kecemasan dihospital tersebut dan kini dirawat di wad hospital tersebut.
Mel Wings
Pada tahun 2011 Mel Wings,Selepas meninggalkan dunia nyanyian, Mel selesa dengan kehidupan hari ini iaitu berdakwah dan mengadakan ceramah di merata tempat. Selain itu, Mel juga aktif menyanyikan lagu-lagu berbentuk ketuhanan tetapi tidak lagi di pentas komersial.

Beliau pernah bersama kumpulan Wings, Mel sempat menghasilkan sebuah album iaitu Orang Asing (1995) yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Lena Diulit Intan dan Semalam Yang Hangat. Selepas itu, Mel bergerak sebagai penyanyi solo dengan dua album Mencari Enigma Lagu (1996) dan Sukma’98 (1998), sebelum berundur diri untuk menumpukan perhatian pada bidang keagamaan.

** Orangni berharap keluarga Saudara Mel Wings tabah dengan dugaan dan mendoakan Mel dideraskan kesembuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan