Pengikut

Sabtu, 4 Januari 2014

Edisi 5 Bintang: Enjin Kereta Proton Prevé Boleh Terbang..??

Hahaha...Konon-konon-nya Prevé merupakan kereta Proton pertama buatan Malaysia yang diberi penarafan 5 bintang penuh dalam Program Penilaian Kereta Baru Australasia (ANCAP) di Australia dan New Zealand. Ia juga memperoleh penarafan 5 bintang daripada Program Penilaian Kenderaan Malaysia (MyVAP) oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). 

Tapi korang nilai sendirilah dengan cerita dan gambar kat bawah ni......hahaha.....
Agaknya ini taraf 5 bintang kereta buat negara untuk rakyat...enjin boleh terbang keluar dari body...hahaha..

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Mengiktirafan Raja Noor Jan Sebagai Sultan Melaka

Baru-baru ini Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya sebagai pewaris Sultan Melaka ke-44 dan pewaris tahta ke-35 Sultan Perak telah menunjukkan bukti bahawa Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau ICJ yang berpengkalan di The Hague, Belanda telah memberi pengiktirafan kepada beliau sebagai Sultan Melaka. 
Surat bertarikh 23 November 2013 itu telah dimuat turun dalam laman facebook DYMM Sultan Melaka. Beliau juga memaklumkan bahawa satu memorandum serta salinan surat berkenaan telah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada 02 Januari 2014 oleh Utusan Diraja yang dikenali sebagai Datuk Paduka Abu Karim.

Sehubungan dengan itu, beliau akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara ini. Walau bagaimanapun semalam, didalam Fan Page DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah telah mengeluarkan kenyataan bahawa sidang media yang dijadualkan berlangsung pada hari ini 04 Januari 2014 akan ditunda kehari Isnin, 06 Januari 2014 jam 14:00hrs diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Lokasi sidang akhbar tidak dinyatakan kerana iannya hanya untuk wartawan-wartawan yang terlibat sahaja dan tidak melibatkan orang awam.

Pemberitahuan berhubung sidang media yang diambil daripada dari Fanpage beliau
Kenyataan beliau berhubung perkara ini telah mendapat riaksi daripada beberapa individu seperti berikut:-

Drs Mohd Nasruddin Rahman, Pengurus Besar Institut Seni Malaysia Melaka dan juga merupakan bekas Kurator Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah mengadakan sidang media di pejabat ISSMA di Bukit Peringgit, Melaka pada 01 Januari 2014 berhubung perkara ini dan disiarkan dalam Harian Metro pada Khamis, 02 Januari 2014 memaklumkan bahawa bukti baru yang dikemukakan itu (surat ICJ) masih boleh dipertikaikan dari segi kesahihannya oleh Pakar Sejarah. Menurut beliau :-
  • Adalah sukar untuk pihak yang mendakwa itu membuktikan kesahihan tuntutan mereka sebagai waris Sultan yang sah berikutan perlu berdepan pelbagai prosidur ketat dan rumit kerana membabitkan salahsilah dan susur-galur keturunan Sultan sebelum ini.
  • Selain itu tiada asas kuat menyokong bukti bahawa alat kebesaran diraja berusia ratusan tahun didakwa milik keturunan nenek moyang Noor Jan Shah, sultan terdahulu.  Ia meragukan.
  • Walaupun beliau menerima surat pengiktirafan dari ICJ sebagai Sultan Melaka, ia tidak boleh diguna pakai untuk memerintah Melaka. "Kita terikat dengan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Melaka sebuah negeri yang tidak mempunyai Sultan selain Undang-Undang Tubuh Melaka yang tidak boleh diubah atau dipinda tanpa mendapat persetujuan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri".
  • "Saya tidak pasti sejauh mana  kajian dibuat ICJ sehingga boleh mengiktiraf  Noor Jan Shah sebagai Sultan Melaka".
Beliau memaklumkan sebelum ini memang ramai individu yang datang berjumpa beliau mendakwa sebagai Sultan Melaka dengan membawa bukti seperti salahsilah Raja Melayu, tombak, cap mohor berlambang pohon beringin serta cap mohor diraja tetapi ianya boleh dipertikaikan dari segi bukti sejarah.
  • "Ada yang mengemukakan bukti cop mohor yang ditemui di Riau, Indonesia. Memang kita tahu Sultan Mahmud mangkat di Riau dan dimakamkan disitu pada 1528 dan tidak mustahil keturunan Sultan Mahmud juga ada di Riau yang boleh menjadi Sultan Melaka.  Cuma dari segi kesahihan dari bukti boleh dipertikaikan, termasuk cap mohor yang juga boleh dipertikaikan dari segi bukti sejarah.  Kita bawa pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Warisan Negara untuk buat kajian.  Hasilnya negatif.

Datuk Dr Ramlah Adam, Pakar Sejarah dan Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis berpendapat adalah mustahil untuk Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau ICJ memberi pengiktirafan kepada Noor Jan Shah sebagai Sultan Melaka sedangkan kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf beliau. Adalah tidak munasabah ICJ berbuat demikian tanpa mendapat pandangan daripada kerajaan dan pakar sejarah negara ini. Kenyataan Datuk Dr Ramlah Adam ini dikeluarkan dalam Harian Metro bertarikh 03 Januari 2014. menurut beliau :-
  • "Soal mendapatkan pengiktirafan ICJ itu adalah urusan dia (Noor Jan), tetapi kita  tidak boleh rekod, malah tidak ada rekod rasmi yang dicatatkan oleh kerajaan Malaysia yang mengesahkan dia adalah Sultan Melaka.  Kita tidak boleh terima pakai pengiktirafan itu".
  • "Mungkin dia hendak jadi terkenal dengan berbuat demikian.  Niat sebenar hanya dia yang tahu".
Sebagai seorang pengkaji sejarah negara, beliau memaklumkan tidak pernah menemui  bukti dalam mana-mana dokumen, risalah atau buku bahawa akan wujud seorang individu yang bergelar Sultan Melaka baru.
  • "Malah, semua pengkaji sejarah negara ini juga tidak pernah membangkitkan soal berkenaan dalam mana-mana pentas perbincangan atau forum.
  • Dari segi kisah sejarah lampau, memang tiada bukti akan wujud Sultan Melaka baru dan pengakuan dia mungkin kerana syok sendiri atau ada sesuatu niat yang kita sendiri tak tahu"
..... Orangni kalau wujud atau diiktiraf jadi Sultan Melaka maka bertambahlah sorang lagi Sultan dalam negara dan bertambahlah keperluan rakyat untuk itu semua...hahaha.... 

Jumaat, 3 Januari 2014

Wajah Terkini Sultan Azlan Shah

Tentu ramai yang hendak melihat wajah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Sultan Perak yang telah lama tidak kelihatan dikhalayak ramai.  
Inilah dia gambar terbaru Tuanku Sultan Azlan Shah. Pada 28 Disember lepas, Tuanku Sultan Azlan Shah yang berusia 85 tahun telah berkenaan menyumbangkan RM 1juta kepada Institut Jantung Negara atau IJN. 

Sumbangan ini diberikan kepada IJN adalah sebagai tanda bangga baginda terhadap pencapaian serta usaha IJN dalam menyediakan rawatan kardiovaskular dan torasik kepada pesakit-pesakit jantung.

Sumbang diserahkan oleh baginda dalam satu majlis ringkas di IJN kepada Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambri.  

Turut serta dalam majlis ini adalah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun binti Mohd Ali dan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.